Tuesday, July 31, 2012

Laksa Nyonya

Allah hu Rabbi....dah bersawang dah blog saya ini. Kesibukan berkerja, belajar (ya saya masih bergelar mahasiTUA), mengendalikan 3 buah kedai dan melayan kerenah 3 anak dan 3 ekor kucing yang berbeza perangai benar-benar menyebabkan saya tertinggal di akhir garisan. Bukan tidak mahu terus berkongsi khazanah ilmu memasak yang tidak seberapa ni, tapi saya rasa masa amat menjerut kehidupan harian. Setiap hari sampai di rumah, yang saya nampak hanyalah kamar mandi yang akan meluruti segala lelah dan lesu serta tilam dan bantal empuk untuk memanjakan diri setelah penat seharian mengejar jadual kerja.

Agaknya inilah dikatakan nikmat umur ya...kala muda, berdesup sana sini macam peluru satu apa pun tak dirasa. Semenjak menjadi ahli 40 Carat Exclusive Club ini, baru terasa segala sendi-sendi pun mula berkarat juga rupanya huhu.

Rasanya masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan salam Ramadhan Al-Mubaraq kepada rakan-rakan. Bulan penuh dengan rahmat dan baraqah ini dilalui sekali lagi dan diharapkan dapat juga kita mengharung Ramadhan yang bakal berlangsung di tahun-tahun mendatang, insya'allah.

Semalam kami berbuka dengan Laksa Nyonya sahaja. Malas menyediakan macam-macam sebab hanya tinggal berlima. Makan pun tak seberapa, maka sejenis pun sudah besar rahmat rezeki buat kami. Cuma encik suami rajin berhenti di bazaar dalam perjalanan pulang kerja. Itu pun hanya kuih tako dan masalodeh dibeli....pun masih bersisa sehingga kami pulang terawih!

Laksa nyonya ni, hampir sama seperti kalsa johor. Cuma tidak menggunakan ikan dan lebih mudah membuatnya. Isi lauk boleh menggunakan macam-macam seperti udang, kerang, fish cake/ball, juga isi ayam. Tapi dek kerana isi ayam keras kejong di dalam peti ais, saya meleburkan udang sahaja hehe....sedap juga kata Safra dan adik :-)

BAHAN KUAH LAKSA
1/2 kg udang sederhana besar
2 keping tauhu goreng masin (dihiris)
10 keping tauhu pok (dibelah 2)
50 g udang kering*
segenggam ikan bilis*
2 inci belacan* (bahan * dikisar bersama)
Daun kesum
2 kuntum bunga kantan dibelah 2
santan pekat (dari sebiji kelapa)
3 sudu besar kerisik
1 liter air rebusan kulit udang
4 labu besar bawang merah^
3 batang serai^
1 inci lengkuas^
10 biji buah keras^
5 sudu besar cili kering kisar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
2 camca besar ketumbar biji^(bahan^ dikisar halus)

Cara membuatnya:
  1. Tumiskan bahan-bahan kisar ^ dan bahan * bersama di dalam kuali yang agak lebar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan air rebusan kulit udang, santan dan renih dengan api kecil.
  3. Apabila telah mendidih; masukkan udang, tauhu dan tauhu pok. Masukkan juga daun kesum dan bunga kantan ke dalam kuali. Jika kuah pekat, tambahkan sedikit air. Rasakan dengan garam secukup rasa. Bila kuah telah mendidih sekali lagi, matikan api. 

Saya menggunakan spghetti sebagai laksa. Kali ini saya menggunakan pasta angel hair yang halus sedikit jika dibandingkan dengan speghetti biasa. Laksa nyonya ini sedap dimakan begitu saja atau boleh disertakan dengan sambal belacan cili kering. Cara menyediakan sambal ciri kering itu boleh didapati di sini.....





Tuesday, February 21, 2012

Roti mil penuh

Hai! Hai! Hai! Tenggelam lagi saya ni yer...hehehe!

Sana sini org berckp tentangg makanan kesihatan... Makanan organik... Supplemen.....Pokoknya segala-gala tentang kesihatan. Ya lah.... Zaman nek moyang kita dulu2, lapisan ozonnya masih utuh dan tebal. Sekarangg ni senipis kulit bawang!

Saya pun tak ketinggalan juga tentang hal yang satu ini! Manakan tidak, kiri kanan orang bercakap perkara yang serupa. Maka, mulalah berhati-hati sewaktu membeli stok dapur di pasaraya atau ke pasar.  Mula membaca lebel dan mula banyak merebus atau memanggang kala di dapur.  Kalau la dari dulu begini, tentu baju kebaya sewaktu anak dara dulu boleh dipakai sampai reput.... Tidaklah En. Hasben mengembang dari pipi sampai ke pinggang :((

Bercerita tentang kesihatan ini, saya ingin berkongsi satu resepi roti bijirin penuh atau lebih dikenali whole grain loaf... Tidak susah membuatnya. Malah rasanya yg masam2 manis menjadi kesukaan kami sekeluarga. Resepi saya sendiri ini, saya olah dari resepi asal roti biasa. Berkali-kali membuatnya; menambah itu, mengurangkan ini....Maka inilah roti mil penuh atau wholemeal bread.

Jom kita sama-sama cuba ya!

Roti Mil Penuh

175g tepung gandum biasa
225g tepung roti @ tepung protin tinggi
40g yis segar @ 1 paket Mauripan
500ml/17 auns susu suam
sedikit parutan kulit limau
sedikit cranberry kering
sedikit isi kuaci putih
sedikit flakeseeds
sedikit bijan hitam
1 sudu teh garam
75 g gula kastor
45 g mentega

Cara membuat


  1. Ayak tepung gandum putih ke dalam mangkuk dan gaul bersama tepung gandum penuh. Masukkan gula, kulit limau, cranberry, kuaci, flakeseeds dan bijan hitam ke dalam tepung. Buat satu lubang dibahagian tengah.
  2. Masukkan yis. Tambahkan susu dan curahkan ke dalam tepung. 
  3. Tambahkan garam, dan minyak dan gaul semua bahan-bahan sehingga menjadi doh. (Saya guna mixer)
  4. Uli selama 5-10 minit hingga lembut dan biarkan ia naik selama 30 minit atau saiz doh menjadi dua kali ganda di tempat yang sedikit hangat.
  5. Tumbuk doh dan uli perlahan-lahan di atas papan yang ditaburi tepung gandum dan bentukkan menjadi lof.
  6. Sapukan tin pembakar roti dengan sedikit tepung, letak lof, tutup dan biarkan di tempat yang sedikit hangat selama 30 minit lagi. Panaskan oven dahulu pada suhu sederhana.
  7. Bakar selama 50-60 minit dengan suhu 175C.


Nak tahu?? Saya terlupa untuk melihat-lihat roti yang sedang dinakar. Nahhhhhhhhh! Akibat ralit menonton TV ( siri CSI kegemaran huhuhu!), roti saya hangus sebelah. Udang gosong, kata Mbak Tini. Hai lahhhh! Sib baik yang hangus bahagian atas ajer! Huish :-(( 

Apa-apa pun, roti ni habis dah kena ngap :-))

Sunday, February 12, 2012

Les quiche et épinards aux champignons.....tergeliat lidah ehhh!!!

4 ketul ini sampai ke SJKC Wen Hua  :-))
Hello... Hello!

Assalamualikum pada semua... Semoga hujung minggu ini lebih ceria dan gembira. Hujung minggu saya penuh acara mengukur jalan....Sabtu 'melawat' hampir seluruh jalan Bandaraya Melaka; menghantar adik ke tahfiz, mengutipnya kembali, berjumpa kontraktor, berkejar melawat Maria di Sg. Udang, berhambat ke rumah emak di Taman Jati berjumpa katerer dan akhirnya meneman Encik suami ke Seremban dan sampai rumah jam 2 pagi.....Hari ini, sesudah subuh menghala ke NS lagi... ke Mantin pulak untuk Maulidur Rasul di sekolah Safra. Tengahari membawanya ke Jusco mencari kasut futsal (yaaa....anak dara sorang ini main futsal!!) sebelum kami berdua merempit balik ke Melaka semula huhu.....Maka dapur pun bercuti am juga hehehe!

Entri ini seharusnya hari Jumaat saya membereskan dan update....Dek kerana kaki bermeter ligat, tertangguh jadinya. 2 hari yang lepas, saya membuat quiche (disebut keesh) untuk bekal Danial ke sekolah. Terlanjur buat, saya lebihkan untuk dibawa ke pejabat. Oh! Mcm magic show, quiche hilang sekelip mata. Memang seronok makan ramai-ramai ni. Sedar tak sedar, licin pinggan. Dan bila sedar, baju dah mula sendat huhu! Berbalik pasal quiche, hidangan ini menggunakan pastri. 

Sebab itu quiche juga dikenali sebagai open pie. Perkataan quiche ini berasal dari bahasa Perancis dan ia bermakna masakan yang menggunakan pastri tat sebagai dasar. Saya memang suka membuat quiche atau pai. Selain mudah menggayakan bahan untuk membuatnya, ia juga mengenyangkan untuk jangka masa yang lama :)  Jadi, quiche akan berada di atas meja kalau saya malas memasak lauk-pauk heeeeee!! Tambah-tambah baru lepas memborong acuan tartlet berbentuk 'love' kat Pantry Magic minggu lepas, lagi ler berkobar-kobar nak 'menerai' acuan baru hehehe!!

Quiche yang sangat versetile....
Saya suka membuat doh pai secara berlebihan dan kemudian saya simpan di dalam freezer. Lepas itu, saya akan menggunakan sekadar yang perlu sama ada untuk tat manis atau apa-apa pai. Membuat kulit tat atau pai tidak perlu masa yang lama. Untuk mendapat kulit pai yang rapuh, suhu memainkan peranan yang paling penting. Mentega atau lelemak yang digunakan perlu sejuk, begitu juga dengan air. Saya selalunya meletakkan beberapa ketul ais di dalam air yang digunakan untuk menguli doh. Kulit pastri tidak boleh diuli lama seperti roti untuk mengelakkan gluten di dalam tepung daripada terbentuk. Kalau diuli lama-lama, pastri akan liat. Selain itu, menguli terlalu lama juga menyebabkan mentega di dalam doh menjadi cair dan kulit pastri akan berminyak. Doh yang telah siap, perlu dibalut dengan plastik dan disimpan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 30 minit untuk menstabilkan mentega. Petua dari Anna Olsen, chef siri Sugar di AFC; doh juga perlu direhatkan di dalam peti ais selama 15 minit setelah dicanai dan diletakkan di dalam acuan. Ini untuk mengelakkan kulit pastri mengecut setelah dibakar. Ketuhar juga perlu dipanaskan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum membakar kulit pai.

Jom kita tengok bahan dan cara membuat quiche ini.....

Les quiche et épinards aux champignons
(Spinach and Mushroom Quiche)

Bahan pastri
2 1/2 cawan tepung serbaguna (Saya guna tepung gandum)
125 g mentega (sejuk)
1 telur
secubit garam
air ais

Cara membuat
  1. Mentega dipotong dadu dan disejukkan di dalam peti ais selama 3 jam.
  2. Masukkan telur, mentega dan tepung di dalam pengisar makanan (Saya guna blender). Kita akan dapat hasil seperti serbuk roti.
  3. Keluarkan dari pengisar dan campur air ais sedikit demi sedikit sehinggan boleh dikepal. 
  4. Bungkus dengan plastik dan sejukkan 30 minit di dalam peti ais.
  5. Keluarkan dari peti ais dan canai ikut acuan pai.
  6. Cucuk dengan garpu dan bakar di dalam oven (suhu 185) yang dipanaskan terlebih dahulu. 
  7. (Pemberat seperti guli pembakar atau beras atau kacang hijau perlu diletakkan di dalam acuan pai semasa membakar untuk mengelakkan kulit dari pecah)

Bahan inti.
Bahan A
250 g ayam/daging cincang
Sedikit lobak merah 
Sedikit kapsikum
Sedikit daun bayam
1 biji bawang besar diracik
2 ulas bawang putih dihiris
garam dan lada sudah secukup rasa

Bahan B
250 ml susu segar (saya guna susu tepung yang dibancuh dgn air)
3 biji telur
keju mozarella 
secubit garam

Cara membuat
  1. Lobak merah dan kapsikum dipotong dadu kecil.
  2. Daun bayam diambil daun sahaja dan dihiris.
  3. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan daging masakkan hingga tiga suku masak. 
  5. Masukkan lobak merah dan kapsikum. Balik-balikkan dan padamkan api. Sayur jangan terlalu layu.
  6. Ratakan inti di dalam kulit pai yang telah siap. Taburkan bayan yang dihiris.
  7. Pukul telur dan susu bersama. Letakkan secubit garam.
  8. Tuangkan campuran susu dan telur ke dalam inti pai. 
  9. Taburkan keju dan bakar di dalam oven selama 45 minit atau pai kekuningan.

Sebelum dan selepas potong.....

Wednesday, February 8, 2012

Ooey Gooey Apple Pumpkin Cinnamon Roll with Cream Cheese Frosting

Semalam siang semua anak-anak ada di rumah, namun petang akan berpecah pulang ke asrama masing-masing kecuali Danial. Biasalah kalau balik ke asrama, tak sah kalau tidak berbekal ration.....Menu kali ini dari Maria. Berhajat benar dengan roti kegemarannya ~ Cinnamon Roll.

Habislahhhh diet saya huhu!
Cinnamon roll (juga dikenali sbg roll manis, bun kayu manis, cinnamon swirl atau cinnamon snail) adalah pastri manis yg selalunya dihidang di Utara Eropah dan Amerika utara.  Ia adalah kepingan doh roti yg dilapis dengan campuran serbuk kayu manis dan gula. Kadang-kadang kismis dan kekacang cincang juga ditabur bersama. Doh itu kemudiannya digulung dan dipotong kecil dan dibakar. Di Amarika Utara, cinnamon roll ini lazimnya diberi topping manis seperti madu atau frosting.





Swedish Kanelbulle ~ Gambar dari Google 
Cinnamon roll dipercayai berasal dari Sweden, di mana ia dipanggil kanelbulle. Pada setiap 4 Oktober (harijadi En. Husband!!), "kanelbullens dag" atau hari cinnamon disambut. Lepas ni, tak yah beli birthday cake, buat cinnamon rolls ajer Abg yek hehehe! Dikenali juga sebagai korvapuusti (di Finland) dan skillingsbolle (di Norway). Bagi orang Jerman, cinnamon roll dipanggil Franzbrötchen.

Kali ini, saya mencampurkan labu di dalam doh. Ada juga inti apple pie yang belum jadi pie di dalam peti ais. Hmmm....maka jadilah resepi "Ooey Gooey Apple Pumpkin Cinnamon Roll with Cream Cheese Frosting" ini. Tambah sana, ubah sini....hah! Inilah hasilnya hehehe! Memang sedap rasanya, bun yang lembut gebu dengan rasa masam epal dan harum manis kayu manis diiringi manis frosting membuatkan saya lupa tentang minggu diet saya huhu :-((

Tak apalah mengelat sehari jer ya! Jom saya kongsi resepinya supaya kita sama-sama tembam ok!

Bahan doh:
1 cwn susu (dipanaskan 1 minit di dalam mikrowave)
1/4 cwn air suam
1 cwn labu lecek
1/2 cwn butter, suhu bilik
2 relur, suhu bilik
1/2 sk garam
1/2 cwn gula kastor
5 cwn tepung protien tinggi
1 pkt Mauripan yis

Cara membuat:
Campurkan semua bahan berair termasuk telur di dalam mangkuk.
Di dalam mangkuk lain yang lebih besar, campurkan semua bahan kering.
Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
Rehatkan di dalam mangkuk yang dilengser sedikit minyak selama 1 jam.
Cara saya - (Saya memanaskan oven pada 150C selama 10 minit. Kemudian oven ditutup suis. Saya masukkan semua bahan ke dalam stand mixer dan putar dengan dough hook dalam kelajuan sederhana selama 2 minit. Kemudian diputar dengan kelajuan tinggi selama 4-5 minit. Lepas itu, doh diletakkan di dalam bekas tertutup dan dimasukkan ke dalam oven dan pintu oven dibiarkan renggang selama 10 minit. Doh naik seperti masa rehat 1 jam :-D)

Bahan inti
1 cwn gula perang
1/2 cwn gula kastor
4 sb serbuk kulit kayu manis

Cara membuat
Semua bahan dicampur bersama dan ketepikan.

Bahan inti epal
2 biji epal hijau
1/2 cwn gula
2 sk serbuk kayu manis
4 sb mentega
1/4 cawan air

Cara membuat:
Masakkan semua bahan di atas api kecil sehingga epal lembik dan berkilat.

Cream cheese frosting
250 g cream cheese
50 g mentega, suhu bilik
150 g gula kastor
1/2 cawan susu

Cara membuat
Pukul cream cheese, mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang boleh dituang.

Bagi melihat cara membuat cinnamon roll ini, sila rujuk entri saya pada 16 Januari lepas yang bertajuk Sugar and Spice ya. Saya cuma tambah satu step aje lagi iaitu meletakkan inti epal selepas menabur serbuk kulit kayu manis.
Inti epal diletakkan di bahagian tepi sahaja
Untuk kali ini, saya menggunakan benang untuk memotong doh yang digulung kerana ia lebih mudah dan kemas. Inti epal akan terkeluar dan melekat di pisau kalau kita memotong cara biasa.

Cara memotong menggunakan benang
Boleh juga disapu dengan telur yang dipukul sebelum dibakar jika mahu.

Letakkan di dalam dulang yang disapu mentega
Bakar di dalam oven pada suhu 175C untuk 20 minit. Sapu cream cheese frosting sebaik aje dikeluarkan dari oven untuk memastikan frosting lekat dengan elok.

Cinnamon roll yang siap difrostingkan...huhu betul ker bahasa nih??
Penuh aroma kayu manis di dapur semalam ni, ngalahkan bakeri pulak!....Jam 5 petang, siap 5 tray cinnamon roll yang akan berangkat ke Sg. Udang dan Mantin :-) Nanti 2 minggu lagi, apalah pulak menu anak-anak ni ya???

Hmmmm......Heaven!!! kata Maria!