Wednesday, February 8, 2012

Ooey Gooey Apple Pumpkin Cinnamon Roll with Cream Cheese Frosting

Semalam siang semua anak-anak ada di rumah, namun petang akan berpecah pulang ke asrama masing-masing kecuali Danial. Biasalah kalau balik ke asrama, tak sah kalau tidak berbekal ration.....Menu kali ini dari Maria. Berhajat benar dengan roti kegemarannya ~ Cinnamon Roll.

Habislahhhh diet saya huhu!
Cinnamon roll (juga dikenali sbg roll manis, bun kayu manis, cinnamon swirl atau cinnamon snail) adalah pastri manis yg selalunya dihidang di Utara Eropah dan Amerika utara.  Ia adalah kepingan doh roti yg dilapis dengan campuran serbuk kayu manis dan gula. Kadang-kadang kismis dan kekacang cincang juga ditabur bersama. Doh itu kemudiannya digulung dan dipotong kecil dan dibakar. Di Amarika Utara, cinnamon roll ini lazimnya diberi topping manis seperti madu atau frosting.





Swedish Kanelbulle ~ Gambar dari Google 
Cinnamon roll dipercayai berasal dari Sweden, di mana ia dipanggil kanelbulle. Pada setiap 4 Oktober (harijadi En. Husband!!), "kanelbullens dag" atau hari cinnamon disambut. Lepas ni, tak yah beli birthday cake, buat cinnamon rolls ajer Abg yek hehehe! Dikenali juga sebagai korvapuusti (di Finland) dan skillingsbolle (di Norway). Bagi orang Jerman, cinnamon roll dipanggil Franzbrötchen.

Kali ini, saya mencampurkan labu di dalam doh. Ada juga inti apple pie yang belum jadi pie di dalam peti ais. Hmmm....maka jadilah resepi "Ooey Gooey Apple Pumpkin Cinnamon Roll with Cream Cheese Frosting" ini. Tambah sana, ubah sini....hah! Inilah hasilnya hehehe! Memang sedap rasanya, bun yang lembut gebu dengan rasa masam epal dan harum manis kayu manis diiringi manis frosting membuatkan saya lupa tentang minggu diet saya huhu :-((

Tak apalah mengelat sehari jer ya! Jom saya kongsi resepinya supaya kita sama-sama tembam ok!

Bahan doh:
1 cwn susu (dipanaskan 1 minit di dalam mikrowave)
1/4 cwn air suam
1 cwn labu lecek
1/2 cwn butter, suhu bilik
2 relur, suhu bilik
1/2 sk garam
1/2 cwn gula kastor
5 cwn tepung protien tinggi
1 pkt Mauripan yis

Cara membuat:
Campurkan semua bahan berair termasuk telur di dalam mangkuk.
Di dalam mangkuk lain yang lebih besar, campurkan semua bahan kering.
Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
Rehatkan di dalam mangkuk yang dilengser sedikit minyak selama 1 jam.
Cara saya - (Saya memanaskan oven pada 150C selama 10 minit. Kemudian oven ditutup suis. Saya masukkan semua bahan ke dalam stand mixer dan putar dengan dough hook dalam kelajuan sederhana selama 2 minit. Kemudian diputar dengan kelajuan tinggi selama 4-5 minit. Lepas itu, doh diletakkan di dalam bekas tertutup dan dimasukkan ke dalam oven dan pintu oven dibiarkan renggang selama 10 minit. Doh naik seperti masa rehat 1 jam :-D)

Bahan inti
1 cwn gula perang
1/2 cwn gula kastor
4 sb serbuk kulit kayu manis

Cara membuat
Semua bahan dicampur bersama dan ketepikan.

Bahan inti epal
2 biji epal hijau
1/2 cwn gula
2 sk serbuk kayu manis
4 sb mentega
1/4 cawan air

Cara membuat:
Masakkan semua bahan di atas api kecil sehingga epal lembik dan berkilat.

Cream cheese frosting
250 g cream cheese
50 g mentega, suhu bilik
150 g gula kastor
1/2 cawan susu

Cara membuat
Pukul cream cheese, mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang boleh dituang.

Bagi melihat cara membuat cinnamon roll ini, sila rujuk entri saya pada 16 Januari lepas yang bertajuk Sugar and Spice ya. Saya cuma tambah satu step aje lagi iaitu meletakkan inti epal selepas menabur serbuk kulit kayu manis.
Inti epal diletakkan di bahagian tepi sahaja
Untuk kali ini, saya menggunakan benang untuk memotong doh yang digulung kerana ia lebih mudah dan kemas. Inti epal akan terkeluar dan melekat di pisau kalau kita memotong cara biasa.

Cara memotong menggunakan benang
Boleh juga disapu dengan telur yang dipukul sebelum dibakar jika mahu.

Letakkan di dalam dulang yang disapu mentega
Bakar di dalam oven pada suhu 175C untuk 20 minit. Sapu cream cheese frosting sebaik aje dikeluarkan dari oven untuk memastikan frosting lekat dengan elok.

Cinnamon roll yang siap difrostingkan...huhu betul ker bahasa nih??
Penuh aroma kayu manis di dapur semalam ni, ngalahkan bakeri pulak!....Jam 5 petang, siap 5 tray cinnamon roll yang akan berangkat ke Sg. Udang dan Mantin :-) Nanti 2 minggu lagi, apalah pulak menu anak-anak ni ya???

Hmmmm......Heaven!!! kata Maria!

No comments:

Post a Comment