Thursday, January 19, 2012

Kita bakorrrr ajeee!

Semalam yg sgt2 laaaa mencabar! Pinggang kembali berdenyut2. Haish!! Jgn la melarat huhu... Tapi kalau berpanjangan pun mmg ler patut.... 3 mlm tidur di kerusi malas meneman Mia yg warded di hospital. Hujung usus terkoyak di lapisan dlm... Jadi haruslah kena buat surgeri utk betulkan. 4 hari 3 malam berkampung di wad dari pagi Ahad. 3 hari jugak la Mama tak balik menjenguk rumah..... Dan 3 hari dah Adik bawak bekal lauk koboi ke sekolah ( katanya lah!).

Alahaiii! Siannya anak Mama ni. Dah biasa berbekal dari rumah, (Danial bersekolah di SJKC, jadi memang tak pernah diberi wang saku utk mengelak beli makanan di kantin). Bila timbul hal macam ni; terasa benar dia.

Sengal pinggang pun sengal lah... Kesian tengok muka bujang kecik ni. Sampai rumah tadi dah selongkar apa yg ada dlm peti ais. Jumpa 4 jenis cendawan yg dah tinggal satu-satu, lobak merah setgh batang, kapsikum merah sebiji & sepohon sawi setengah layu :((

Hmmm.... Oh! Dan juga daging cincang setengah peket...

Masa pun tak panjang.... Dah 6 petang ni. Pkl 8 nanti dah kena keluar rumah lagi bersama suami hantar adik ke kelas renang...apalah nak dibagaikan niii dalam masa 2 jam??

Oh! Haaaa! Teringat Kuih Bakar Berlauk.... Hooo yeah! Meh, kita bakor ajeerrr!



Kalau buat kuih yang satu ni, teringat kali pertama hehehe. Resepi rekaan sendiri ni saya olah dari kuih bakar kemboja. Saya tak berapa gemar kuih bakar kemboja tu sebab manis. Jadi ada masa2 terluang, saya cuba2 ganti bahan itu ini ikut selera sendiri.... Hehe! Dan hasilnya memang sangat laris :)

Kuih bakar berlauk

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
4 biji telur B
3 s/b majerin
1 s/k garam
Antara bahan B yg ada.....

Bahan B

250 g daging cincang
2 biji bawang besar diracik
4 ulas bawang putih dicincang
4 cm halia dihiris halus
2 sb rempah kari
Cendawan
Kapsikum potong dadu
Lobak merah hiris halus
Sedikit sawi/bayam hiris
Garam secukup rasa

Cara membuat:

Bahan A
  1. Tumis bawang cincang, halia & rempah kari.
  2. Masukkn daging kisar & masak hingga agak kering.
  3. Masukkn cendawan, kapsikum merah & hirisan sawi.
  4. Balik2kn & angkat.
(P/S! Daging hendaklah diletak garam lebih sedikit kerana bancuhan tepung tidak bergaram)



Bahan B
  1. Panaskan oven 180'C selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah.
  2. Campur semua bahan A dan blender.  Masukkn lauk daging dan gaul rata
  3. Tuang dlm bekas yg dilengser sedikit minyak.
  4. Bakar selama 1 jam atau hingga atasnya kekuningan. Sejukkan dan potong.


Boleh dimakan begitu saja.... (Mcm iklan roti Gardenia la pulakkk!). Atau boleh juga dilawankan dengan sos cili. Selamat mencuba.........

No comments:

Post a Comment