Wednesday, September 7, 2011

Salam Lebaran ~ Minal Aidil Wal Faizin, Kullu’aamin Wa Antum Bikhair..

As-salam kepada para pembaca budiman,


Seminggu Syawal berlalu, rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.......


Sekolah dah pun bermula dan pejabat telah juga beroperasi seperti biasa. Bagi yang bakal menghadapi peperiksaan awam besar seperti UPSR, PMR (mcm anak sulung saya), SPM & STPM, didoakan agar hari-hari yang mendatang ini dilalui dengan penuh sabar.


Bagaimana dengan sambutan Lebaran pembaca? Saya dan keluarga melaluinya dengan penuh warna-warni & ceria. Untuk sekelian kalinya selepas 17 tahun berumahtangga, kami berpeluang merayakan hari mulia ini di rumah sendiri. Not us alone, but the house was full with in-laws & relatives laughters! Alhamdulillah.




Mertua dari Kedah & famili dari Singapura merentasi ratusan batu merayakan lebaran penuh erti bersama kami sekeluarga di sini....


Thank you to 2.4 kg baby Sara Aune Basyirah, the latest addition to my other half's family who path the way for this to happen :-)


Lahir seminggu awal, anak dara kecil ini mencetus idea untuk keluarga sebelah suami beraya di rumah kami termasuk mak & ayah mertua kerana ibunya menghabiskan pantang di Kuala Pilah, NS.


Menu pagi raya? Seperti biasa.....menu rumah kami ada rendang daging, sambal goreng Jawa, serunding ikan bilis & lontong. Cuma kali ini ada tambahan ketupat palas yang dibuat mertua, saya masih tak lulus lagi mengikatnya :-( dan itik masak berempah. Itik nila dibela oleh mak kawan (t/kasih Junai.......semua puji sedap) & kami membelinya 2 hari sebelum raya ~ siap diproses & dipotong :-)


Insya'allah, di entri akan datang; saya akan berkongsi resepi menu raya kami......Sehingga itu, SELAMAT HARI RAYA...kan raya sebulannnnn! :-D







No comments:

Post a Comment