Thursday, September 8, 2011

Jangan jadi seperti ketam.................

As-salam pada semua...

Kesibukan yang melanda tahap 6.3 skala Ritcher, menyebabkan entri ini tertanggug-tangguh. Sebenarnya berhari-hari dah draf ni ditaip, tapi dek kesuntukan masa utk memolekkannya; itulah yang lambat muncul di alam siber entri ni :-0

Baru-baru ni, saya & suami membeli ketam lagi. Ketam bukan sebarang ketam tetapi ketam nipah yang berwarna hitam tuuu. Ketam nipah ini atau nama saintifiknya Scylla Olivacea sering dikelirukan dengan ketam batu kerana bentuk dan warnanya yang hampir sama. Ketam batu haram dimakan kerana sifatnya yang dua alam. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehsal Agama Islam kali ke-26 pada 7-8 Mac, 1990 yang bertempat di Bilik Mesyuarat,Tingkat 1, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis memutuskan bahawa " Perusahaan menternak ketam nipah adalah harus kerana ia bukan binatang dua alam…” Perbezaan utama antara ketam batu & ketam nipah - ketam nipah hidup di dlm air dan mempunyai kaki renang di blkg; tidak seperti ketam batu yg boleh hidup 2 alam. Saya meminjam dari Encik Google dan juga dari sebuah blog iaitu http://kaytieze.blogspot.com  untuk gambaran yang lebih jelas akan perbezaan kedua-dua jenis ketam ini.

Ketam batu mempunyai lapan kaki yang semuanya runcing manakala ketam nipah sepasang kaki renang yg leper.










Ketam nipah boleh diperolehi dalam tiga warna iaitu hijau, coklat dan perang.

Ketam ni membiak dan hidup di sekitar kawasan paya bakau yang berlumpur. Membiak secara bertelur, ketam ini boleh membesar sehingga 4 kg beratnya seekor. 

Yang kami beli hari tu, beratnya ialah 1.5kg seekor.  Saiz sepitnya saja menyamai ibu jari tangan saya! 




Ketam nipah ini lazimnya dibeli ketika masih hidup. Kalau dah mati, ia akan sikit hanyir dan isinya tak kenyal. Haaa....oleh sebab beli masa hidup, maka pernah terjadilah insiden ketam lari dari dalam baldi. Ok lah....oleh sebab sahih sudah status halal haram ketam nipah ini, saya ingin berkongsi resepi Ketam Bercili atau Chili Crab yang popular di restoren-restoren makanan laut kaum Cina ini.

Chilli Crab
5-6 ekor Ketam Nipah
10 ulas bawang putih - dikisar
3 inci halia - dikisar
4 sb cili kering kisar
2 sb lada sulah
1 batang lobak merah
1 biji bawang besar - dihiris
1/2 botol sos cili
1/2 botol sos tomato
Garam & Gula (secukup rasa)
2 biji Telur (dipukul)
Cili hiris dan daun bawang untuk hiasan

Cara menyediakan:
  1. Gaul ketam dengan garam & lada sulah , ketepikan selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak & tumis bahan-bahan yang dikisar hingga kekuningan.
  3. Masukkan cili kering  & tumis hingga garing dan cili pecah minyak.
  4. Masukkan lobak merah dan masak hingga lobak empuk.
  5. Masuk bawang dihiris , sos tomato , sos cili , garam & gula
  6. Masukkan ketam & hirisan cili , tunggu hingga masak. Masukkan telur yang dipukul dan balik-balikkan.
  7. Hidang bersama dengan daun bawang.


No comments:

Post a Comment