Friday, August 19, 2011

Raya dah dekat................

Saya meminjam ini daripada wall kawan di FB. Pakar bahasa gamaknya orang yang mencipta kenyataan ini. Tapi inilah keindahan Bahasa Melayu...seperti kata Hang Tuah ~ Tidak Melayu Hilang Di Dunia~ .........................Mana boleh hilang....nama dah lekat di kuih :-))


Kategori
Nama Kuih
Paling gangster

Lompat Tikam

Paling seksi
Puteri Mandi
Paling keji
Tahi Itik
Paling cute
Cek Mek Molek
Paling awet muda
Seri Muka
Paling alim
Kuih Ketayap
Paling suka memukul
Kuih Lompang
Bahagia di dalam zoo
Badak Berendam
Pandai bangun sendiri
Kuih Bangkit
Paling malas mandi
Bau-Lu
Paling aman
Kuih Makmur
Paling lembap
Kuih Siput
Paling kaya
Jala Emas
Paling bahaya
Kuih Bom
Paling tak leh caya
Kuih Talam
Paling ramah
Jemput-jemput

Ok...Lagu Raya pun dah berdendang kt radio...Saya paling suka lagu raya nyanyian Anuar Zain & Elina yg evergreen. Tak lupa juga lagu Sharifah Aini yg merdu...   Bertemankan lagu-lagu raya inilah saya menghabiskan list-to-do utk lebaran yg bakal menjelma. Tahun ini beriltizam untuk TIDAK BUAT berjenis-jenis cookies @ biskut. Selain daripada membazir rasanya sbb jarang habis walaupun sehingga 30 Syawal, saya sebenarnya rasa tidak larat dengan pinggang yang sekejap OK sekejap KO ni. So, buat 2 jenis ajer lah tahun nih :-/


Havana Sparkle ini saya olah daripada resepi London Almond. Terciptanya resepi ni secara eksiden :) Saya TERtuang sebuk badam dlm adunan tepung sbb paketnya hampir sama. Haaaa....kerana sayang tak mahu membazir, saya uli & cuba. Hasilnya lebih lemak & sedap rupanya. Nama Havana Sparkle itu saya dapat kerana menonton filem mafia dari Cuba semasa menguli tepung tu lah.....hehehe! Hikmah dari tahun 2003 itu, saya langsungkan ke tahun-tahun berikutnya....dan ternyata ia digemari bukan saja ahli rumah kami, malahan tetamu yg bertandang.

Havana Sparkle

300 g badam - dibakar hingga rangup
250 g butter
2 biji telur
2 cawan tepung superfine (ayak bersama emplex)
4 sb serbuk badam
1 1/2 cawan gula kastor
1 sb food paste kesukaan - saya gunakan orange paste
(paste agak pekat & mempunyai rasa yg lebih kuat berbanding perasa biasa)
1/8 sk emplex
tepung jagung secukupnya
cooking chocolate
minyak sayuran/shortening - saya guna brand Crisco
Coloured balls/badam cincang utk hiasan


Cara membuat:
  1. Pukul butter & gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji & food paste.
  3. Campurkan tepung superfine, serbuk badam & tepung jagung sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh boleh dikepal.
  4. Buat seperti membuat London Almond.
  5. Bakar dlm oven 200C sehingga biskut masak.
  6. Biar biskut benar-benar sejuk sebelum mencelupnya di dalam coklat masakan yang dicampurkan dgn Crisco dan dicairkan melalui kaedah bain marie (Au Bain Marie atau waterbath adalah teknik panggang stim, dimana loyang berisi coklat diletakkan di dalam loyang lain yang berisi air panas, kemudian dikacau sehingga coklat cair. Teknik ini menghasilkan tekstur coklat yang licin cantik untuk menyalut biskut)

Semasa baru selesai coating...... 

















Saya juga membuat BISKUT ARAB @ MELTING MOMENTS. Biskut ini menjadi pilihan saya setiap tahun sebab membuatnya tidak susah & paling mudah. Hanya sukat bahan & terus uli huhuhu. Tahun lepas dua-dua anak dara kecil balik serentak pada satu hujung minggu. So....Biskut Arab tahun lepas, hasil tangan Safra & Maria. Tahun ini...........dua-dua balik hanya pada awal Ramadhan. Nak buat masa mereka ada hari tu, rasa macam awal sangat laaa pulak! Lagi satu...takut tak menahan hayat kuih dalam balang!!




Mau tak mau....saya membuatnya juga sendiri-sendiri. Kalau masa buat Havana Sparkle itu saya ditemani lagi raya, kali ni saya berhibur dengan lagu-lagu nasyid dari kumpulan Inteam hehehe!



Buatnya tidak renyah & seronok sebab boleh berlunjur dan menyandar :-))

Melting Moments

300 g minyak sapi (suhu bilik)
tepung superfine secukupnya (tepung gandum pun ok tapi tepung superfine akan menghasilkan tekstur biskut yang lebih gebu)
1 1/2 cawan gula aising
1/8 sk soda bikarbonat
secubit garam
pewarna kesukaan
gula kastor utk digolekkan biskut

Cara membuat:
  1. Campurkan semua bahan dan uli sehingga doh boleh dikepal. 
  2. Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian & warnakan dengan warna yang disukai. 
  3. Ambil secubit dari setiap warna dan bulatkan. 
  4. Bakar dalam oven 180C selama 15 minit. Golekkan dalam gula kastor semasa masih panas (saya gunakan gula aising sebab tiada gula kastor heeeee!)
  5. Susun dalam papercups.
Biskut saya tak begitu cantik sebab gula aising tuuuu dah tutup warna-warninya. Tapi bila makan, memang terasa lebih manis :-)
Tapi tak apalah.....janji sedap ok!

No comments:

Post a Comment