Saturday, August 13, 2011

Nakalnya Si Kumbang ehhhh!

Lama benar tak meng-apam ni....Masa yg sempit & juga kerana hanya tinggal inti kelapa campur durian yg bkn feveret sapa2 kecuali saya & Mbak Tini menyebabkan periuk kukus tu tersimpan rapi di dalam stor. Ptg tadi, Maria merengek nak mkn apam lagi....Letih sebenarnya saya ni, sbb pagi2 dah berkejar ke butik. Staf telefon dan beritahu ada stok yg reject & perlu dikembalikan kpd supplier. Apek ni pulak bnyk songeh bertakwil bila diberitahu akan hantar semula consignment tuuu......Gasak kau la Apek oiiiii.......tapi soal kualiti tak boleh di'compromise'!! Biar takde barang asalkan jangan ada customer yang komplen & kemudian kita kehilangan kepercayaan orang. Jenuh juga berjual-beli pantun, memberi faham kenapa barangan perlu dihantar semula....Kepala pun mula la semak & serabut, tambahan pulak hari makin panas. Segala mcm rasa ada dalam badan.

Bila Maria sebut lagi kuih apam, kesian ler pulak. Balik sekali sekala dari asrama; banyak benar list menu yang dibaca. Ayam goreng McD, kuih apam, ais krim.........haish! Kalau org tak tahu, tentu ingat kena kurung kat mana2 budak ni; bukan duduk di hostel. Walhal dewan makan MRSM tu mcm2 menunya :-(( Alahai anak......inti blueberry pun dah kehabisan tau! Encik suami hanya menggeleng2 kepala bila disuruh singgah kedai King Hin - tempat saya memborong barangan kuih....Nak buat apam mesti ada inti! Bila ditunjuk muncung belalai gajah si anak dara, pantas signal kiri dipetik & kereta berhenti betul2 di pintu kedai.

Resepi apam ni saya ambil dari blog DARI DAPUR MADIHAA. Klik di sini untuk resepinya ya...
Apam ni dah dibuat berkali-kali, guna resepi yang sama; tak pernah saya menderhaka pada guru maya saya tu dgn mengubah sebarang bahan & sukatan. Tapi kali ni, entah apa silapnya. Apam pecah dari tepi, menyebabkan Si Kumbang Kenit ini seakan terangkat sikit punggungnya huhu... Nampak macam nak terbang lah pulak hehehe.




Bau harum semerbak sampai ke ruang tamu, si bujang kecil pun sibuk meninjau-ninjau. Eh he...apsal ladybird ni Ma??Hmmm dia nak terbanglah dik. Kih kih kih Danial ketawa kecil sambil menutup mulut. Sib baik bulan puasa, kalau tak...tak sempat terbang kau kumbang!

Ini lah antara the beauties among the uglies :-((


Yang peliknya, sisa-sisa doh yg tinggal; saya buat apam dot dot biasa. Cantik elok naiknya. Mcm ratu Miss Universe gebunya. Heeeee geram betul lah!




Masa terbelek-belek apam tu, suami menegur ~ Nanti sakit balik pinggang yang baru nak baik tu kalau berdiri lama2! Oh.....wife abang yang kiut miut ni, pandai dah. Siap bawak kusyen ke dapur hehehe....So buat apam sambil duduk di kitchen counter ;-)




Inilah dinamakan inovasi ngeh hehe!


Muram jugak hampir sepetang disebabkan apam yang 'fail' niii.......tapi saya kembali ceria bila husband kata ~ "kita buka kat Windmill hari ni. Safra nak mkn ostrich." Hooooo yeay! Bercuti masak lagi :)




Inilah rupa daging ostrich tuuuu.....mcm daging lembu tapi lebih manis & lembut. Nanti nak cuba cari kat mana ada jual yang fresh. Kalau masak rendang pedas, sure sedap.


Ok...nanti kalau dah dapat daging burung unta ni, saya akan berkongsi lokasinya ya.

No comments:

Post a Comment