Friday, August 12, 2011

Kalau dah Jawa........

Hari ni nak buka puasa lauk apa ya? Soalan yg sama asyik berlegar dlm kepala sepanjang hari masa di ofis....Time2 mcm ni, nasi dan lauk tak laku sangat...mengada-ngadanya mulut yer!

Teringat Danial yg cerewet sewaktu sahur, kalau berbuka tak kena dgn selera bujang kecil ni; pun payah juga. Dah lah sahur pun patuk2 ayam je, kalau iftar pun tak seberapa makannya; takut gak nanti perut masuk angin.

Sampai di rumah terus terpa peti ais. Hmmmmm.....mcm2 ada dlm freezer, dingin muka disapa hawa peti sejuk sedingin angin MALAS yg melanda badan. Sebenarnya dah masuk 6 hari sakit belakang, dkt tulang tonkeng kata org tua2. Berjalan bnyk sakit, berdiri lama sengal malahan berbaring pun perit. Alahai.....Mungkin ini caranya Tuhan memberi pesan, usia makin meningkat....takkan nak kuat sentiasa.

Terpandang pulak nasi impit segera NONA.....Haaaaaaa. Dapat dah!! Idea memasak cara malas....

Jeng.....jeng.....jeng.....




Soto Jawa, ada juga yg panggil soto Banjar. Menu paling senang sbb semuanya boleh lebur dlm presure cooker. Cuma tumis rempah sekejap je sblm campurkan semua sekali dlm periuk. Tak caya? Lihat resepi di bawah ni ye:-

SOTO BANJAR
1 ekor ayam
15 ulas buah keras*
10 ulas bwg kecil*
5 ulas bwg putih*
2 inci halia*
3 sudu besar lada putih biji*
2 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 rempah bunjut ADABI
Garam secukup rasa
Suun (digoreng asing mcm keropok)
Taugeh (dicelur) 
Daun bwg & bwg goreng utk hiasan
Minyak utk menumis - saya guna ghee

Cara-cara
  1. Kisar bahan2 bertanda * sehingga halus.
  2. Pijarkan minyak & tumis bhn pes tadi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan bahan tumis, rempah ratus & ayam bersama 2.5 liter air ke dlm presure cooker.
  4. Masak selama 20 minit.
  5. Keluarkan ayam & toskan. Kemudian isi ayam disiat-siat.
  6. Hidangkan bersama nasi impit, taugeh, suun goreng & isi ayam.
  7. Hiaskan dgn bwg goreng & daun sup.
SAMBAL KICAP
25 biji cili api
Belacan sebesar ibu jari
2 1/2 Cawan Kicap Masin Kipas Udang


Cara-cara
  1. Kisar semua bahan di atas.
  2. Masakkan di atas api kecil sehingga pekat. 

Sedap kalau dapat panaskan kuah dlm claypot, sbb supnya akan panas lebih lama :-) Seronok tengok Danial makan sampai berpeluh2. Kala itu, teringat pulak kakak2 di asrama. Safra mahupun Maria jugak hantu soto....Kesian anak mama :-(( Itulah yang dikatakan..kalau dah keturunan Jawa (arwah nenek sebelah mak berketurunan Jawa dari Bandung) heeeee...selera mesti berkait juga.

Oh ya...saya juga buat Meatball Casserole In White Sauce. Kegemaran Encik Hubby hihihi.



Senang aje sbb saya mengelat gunakan mushroom carbonara di dalam tin.


Inilah rupa pembantu instant saya! Rasanya hampir sama mcm white sauce yg dimasak sendiri. Dek kerana penat & jam pun dah pukul 6...terpaksalah guna bantuan yg segera :-) Saya kongsi bersama resepi darurat ini....

EASY MEATBALL CASSEROLE IN WHITE SAUCE

10 biji beef meatballs
1 tin Mushroom Carbonara
1 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
Sedikit mentega utk menumis
Mozarella/Parmessan cheese

Cara-cara
  1. Racik kasar2 bwg merah & bwg putih.
  2. Panaskan mentega & tumis bwg hingga layu kekuningan.
  3. Masukkan Mushroom Carbonara & tambah 1/2 tin air. Jgn letak garam kerana sos sedia masin & akan tmbh cheese nanti.
  4. Didihkan sebentar kuah sos.
  5. Susun meatballs dlm bekas tahan panas (saya microwavekan sekejap meatballs utk pastikan ia benar2 masak)
  6. Curahkan kuah ke atas meatballs & tabur keju menutupi permukaan casserole.
  7. Bakar dlm oven 230 C selama 15 minit.

Inilah rupa casserole yg baru keluar dari oven....Danial tanya..."Mana meatballs?" Masih berenanglah dik......



Sedap dimakan dengan garlic bread :-)

Rasanya I have to pen off now....Asyik typo error jeee nih sebab mata dah mula (n_n)......and my other half is still not home. Meeting Ria Family @ Subaidah Nasi Kandar. Menguap belasan kali dah; sorry dear, will not wait up. So everybody.....Ciao ;-) & nite2............Sweet dreams...









No comments:

Post a Comment