Thursday, August 11, 2011

Mulanya di sini...........

Tadaaaaa.............. akhirnya menjadi juga blog masakanku yg x seberapa nih. Bkn pandai sgt masak, tapi suka makan sebenarnya. Dan kerana hobi yang satu itu lah menjadikan saya terlebih rajin mengodek-godek & mengubah resepi asal ikut selera di rumah. Kadang kala ok...kadang kala fail jugak huhuhu.........

Pesan arwah nenek; air tangan ibu lebih afdal menjadi darah daging anak-anak. Mak pun cakap mcm tu....Seingat saya, masa kami kecik-kecik dulu (kami 3 beradik); jarang amat kami makan di luar. Abah bergaji kecil, mak belum bekerja masa tu....Jadi, home-cook meals ni dah jadi kelaziman. Alhamdulillah, itu yang saya cuba usahakan selepas bertukar title dari Miss ke Mrs semenjak 17 tahun yang lalu :-)

Masa lapang yang tidak menentu sebab tuntutan kerja menyebabkan menu masak di rumah kami cuma simple-simple ajer...But there's a famous saying that has been my gripping knot....COOKING WITH LOVE.

Maka kerana rasa sayanglah semalam saya buat juga pemanis mulut ni untuk berbuka puasa walaupun pinggang masih berdenyut masuk hari kelima sakitnya :-((

Resepi Badak Berendam, tapi intinya dan nama telah diglamerkan hehehe seiring dengan warna cerianya. Siapa yang nak cuba, boleh guna resepi arwah nenek ni...


Puteri Pelangi Turun Bersiram a.k.a Badak Berendam
Kulit
2 cawan tepung pulut
3/4 cawan air
Pewarna - saya guna warna merah, kuning & biru
(Uli menjadi doh dan bahagi kepada 3 bahagian. Warnakan ikut warna kesukaan)

Inti
1/2 biji kelapa (ambil parutan putih sahaja) - saya masukkan isi durian sket spy lbh umphh!
1 buku gula melaka
Sehelai daun pandan dipintal
(Potong gula melaka menjadi kecil-kecil dan masak sehingga larut. Boleh tambah air sedikit untuk mengelakkan dari hangus. Masukkan kelapa & daun pandan. Masak atas api kecil sehingga inti tidak melekat di kuali. Sejukkan inti, buangkan daun pandan dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.)

Kuah
200ml santan (saya guna santan kotak aje hehehe)
2 sudu besar tepung jagung - larutkan dengan 1/2 cawan air
Sehelai daun pandan
Secubit garam
(Masak santan bersama garam di atas api kecil dan kacau sentiasa supaya tidak pecah minyak. Bila santan mendidih, masukkan larutan tepung jagung sambil terus mengacau supaya kuah tidak bergentel. Angkat bila kuah telah pekat elok.)

Cara-cara
  1. Didihkan air dalam periuk kecil.
  2. Ambil kulit dan leperkan sebesar syilling 20 sen dan masukkan inti....mcm buat kuih koci tetapi tekan di tengah-tengah. Mmg saiz kuih kecil sbb kalau besar tak jadi ler princess. Tetap badak gak hehehe!
  3. Masukkan dlm air rebusan yg mendidih tadi. Kuih masak bila ia timbul.
  4. Masukkan kuih ke dalam kuah santan tadi. Lebih sedap jika dimakan setelah disejukkan dlm fridge :-) 
Opps.....dah 1:30 rupanya. Mintak diri dulu yer... Sampai ketemu lagi....




No comments:

Post a Comment