Wednesday, August 17, 2011

Jala ka tikar kaaaa?


Apa khabar semua? Hari ni saya menerima parcel dari Bintulu. Oh senangnya dlm hati.....tak sabar nak balik & 'menerai' tool baru saya tu...Hai cepatlah petang! Terasa lambat plak masa beredar :((

Selama ni hanya melihat di alam maya. Sekarang idaman hati berada di depan mata......Apa kata kita sama-sama mencubanya??

Haaaaa.......Beautiful ladies! Come & get acquaintance with my new found kitchen tool ~ THE TRIPLE NOZZLE MOULD @ ACUAN ROTI JALA BERMUNCUNG TIGA.......




Saya membuat pesanan pos melalui seorang blogger yang juga minat memasak. Saya suka sgt tengok roti jala yang dihasilkannya ceria dengan berbagai warna. Dek kerana mahukan juga, saya buang rasa segan dan cuba untuk bertanya. Hooo yeay! Dia bersetuju untuk mendapatkannya untuk saya. Wahhhh! Memang senang & tak berkecah dapur jika gunakan botol ini. Jadi ada juga kelebihan lain selain daripada hasilnya yang cantik molek :))

Di bawah ini saya tunjukkan cara penggunaannya di samping resepi roti jala yang diturunkan oleh Mak....

Isikan dua botol dengan aduanan yang diwarnakan dengan warna yang berlainan.



Lepas tu...kita gulung seperti biasa...dan dapat hasil seperti di sebelah ini...Cantik bukan?? Danial membelek cermat sebelum mencicah sambil becok memuji 'cantiknyerrrr!!'









Roti Jala

Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum
Sebiji telur
2 cawan santan
Air yang secukupnya

Bahan2 di atas dibancuh sehingga menjadi likat & pastikan tidak bergentel. (Saya masukkan di dalam blender cili & putar sbb ....MALAS :-0 )

Kari ayam
Bahan-bahan

Bahan dikisar halus*
25 tangkai lada kering
10 ulas bawang merah 
5 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm kunyit hidup @ 2 sk serbuk kunyit


Bahan disangrai & dikisar bersama**
1 1/2 sb ketumbar biji
1 sb jintan manis
4 biji buah keras 

Bahan lain
1 ekor ayam potong kecil
1 labu bwg besar diracik
2 sb rempah kari daging dicampur 1 sk serbuk cili dibancuh sedikit air
rempah tumis 4 beradik (bunga lawang, pelaga, cengkih & kulit kayu manis)
1 cwn santan pekat & 2 1/2 cwn santan cair
2 keping asam gelugor
3 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang
1/4 cawan minyak utk menumis
garam secukup rasa

Cara-cara 

  1. Masukkan rempah tumis 4 beradik dan rempah yg dikisar serta rempah kari daging. Tumis hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan ayam & ubi kentang. Gaulkan ayam & kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit dengan api sederhana.
  3. Masukkan garam dan asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
  4. Masukkan santan pekat dan daun kari apabila ayam sudah lembut. Kacau perlahan dan kecilkan api.
  5. Dengan api kecil, masak lagi selama 8-10 minit. 
Rupanya yang ceria pasti meyebabkan anak2 suka. Danial dah pun memberi idea bernas ~ letakkan sosej di dalam gulungan roti jala kaler-kaler ~ (memetik kata2 asalnya hehehe). Next change ok Dik!


















No comments:

Post a Comment