Salam ukhuwah pada semua. Duhai!! Lama benar tidak bersiaran saya ni. Lepas dari Hari Raya...tenggelam terus dlm arus kesibukan bekerja.
Berinjak ke tahun baru 2012 ini pun masih berlanjut lagi sibuknya. Kerana kalut menentang masa juga menyebabkan saya meneruskan acara masak menu koboi setiap hari huhu!
Nah... Apa untungnya rezeki anak2 & suami hari ini, saya akhirnya menang dlm perlumbaan waktu dan dapat memasak Laksam kegemaran kami.
Memasaknya tak susah...cuma masa je yang tak menang :(( |
Bahan2nya mungkin tak seperti resepi asal dari Kelantan... Tapi saya ingin juga berkongsinya dgn pembaca. Mana tahu.... Kot-kot tersangkut rasa hehehe!
Bahan-bahan
Bahan Laksam
3 cawan tepung beras
6 sudu besar tepung jagung
6 cawan air
sedikit garam
Cara membuat laksam:
Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Perap setengah jam.
Sediakan kukus atas api.
Sapu sedikit minyak pada loyang atau pinggan dan letakkan loyang atau pinggan tersebut ke dalam kukus.
Tuang 2 senduk adunan tepung.
Kukus sehingga agak keras, tidak berair.
Keluarkan dan tunggu sehingga suam untuk digulung.
Bahan-bahan kuah laksam ( Mkn 4 org):
1 kg ikan kembung/sardin
1 biji kelapa (diambil santan)
12 ulas bawang kecil (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sk serbuk lada hitam
4 keping asam gelugor/keping
2 sudu kerisik
garam secukup rasa
Cara menyediakannya:
Rebus ikan kembung dan asingkan isi ikan dan kisar.
Campurkan kesemua bahan kuah laksam dan masak di atas api sederhana.
Biarkan sehingga kuah mendidih dan kecilkan api. Renihkan selama 15 minit lagi. Jgn lupa kacau selalu utk elak dari pecah minyak.
Bahan-bahan sambal dikisar:
10 tangkai cili kering
Belacan bakar sebesar syiling 50 sen ( boleh ganti dgn udang kering)
sedikit garam
Bahan-bahan tambahan lain:
Telur rebus, salad, timun, kacang panjang, limau nipis
Laksam yang telah sejuk dipotong kecil-kecil dan ditabur dgn ulam iringan. Curahkan kuah santan & dimakan dgn sambil cili kering.
**Bagi yg tiada masa, laksam boleh diganti dgn kuey teow/chee cheong fun. Mudah didapati di pasaraya terutama Tesco (bkn promosi ya!). Hanya perlu celur dgn air panas aje.... Rasa?? Kurang kick skit lah!**
No comments:
Post a Comment