Tuesday, January 31, 2012

Menu diet - Grilled Salmon

As-salam semua.....



Eh eh....lauk apa ni ya? 3,4 hari yang lepas, saya membuat perkara yang paling tak digemari oleh orang perempuan......Cuba teka! Apa dia??? Hmmmm...........kalau ada yang betul tekaan tu, tahniah ya sbb pandai meneka. Ya....menimbang berat badan :-((  Perkara yang paling tak disuka. Tapi saya gagahkan baca juga angka yang tertera...Alahai mak!! Bukan bln lepas nombor yg kat belakang tu no 1 ker??? Kenapa sekarang dah jadi no 3 pulak ni????

Duhai.....patut ler pun semenjak dua menjak ni, malas je rasa. Rupanya ada extra kilo yang dok dibawa. Tak boleh dibiar ni! Nanti lagi melampau pulak..........

Jadi, saya pun memulakan minggu diet huhu. Dan sepanjang minggu mengekang kalori ni, masak pun rebus-rebus, renih-renih, stim-stim dan panggang-panggang aje le nampaknya :-((

Rosemary (kanan) & Dill (kiri)
Lunch hour yang sempit tidak menghalang saya memecut kereta ke TESCO. Mencari bahan ruji saya kala berdiet ~ ikan salmon atau kod. Hah! Memang rezeki Allah untuk kami sekeluarga. Tinggal 4 potong salmon segar di pasaraya. Saya borong kesemuanya, sambil laju menolak troli; saya capai juga rosemary & dill. Rempah segar barat ini memang sesuai untuk diperap ikan untuk menghilangkan bau hanyir. Isi ikan salmon yang lembut tidak boleh kita basuh dengan asam & garam macam selalu. Lazimnya saya hanya membasuhkan menggunakan air sejuk dari peti ais untuk mengekalkan pejal isinya....

Kenapa ikan salmon atau kod? Memetik dari wikipedia - "Salmon adalah nama biasa bagi beberapa spesies ikan dari keluarga Salmonidae. Beberapa ikan lain di dalam keluarga ini dipanggil trout; perbezaannya adalah disebabkan kehidupan migrasi ikan salmon dibandingkan dengan sikap perumahan ikan trout, satu perbezaan yang betul untuk genus Salmo. Salmon hidup di dalam Atlantik (satu spesies migrasi Salmo salar) dan Lautan Pasifik, selain di Tasik-tasik Besar (kira-kira sedozen spesies dari genusOncorhynchus). Secara tipikal, salmon adalah anadromous: ia menetas di air tawar, berpindah ke laut, kemudian kembali semula ke air tawar untuk membiak." Terima kasih kepada Google ya!

Kucing Ms Marcel Campbell, housemistress Safra :-)
Ikan Salmon selain dikenal sebagai makanan bagi otak, juga dipercayai memiliki khasiat sebagai makanan untuk menjaga kulit supaya sentiasa anjal dan tidak mudah berkedut....kata mereka yang buat penyelidikan tu laaaaaa. Mungkin juga betulnya kerana salmon adalah ikan yang kaya lemak tidak tepu atau Omega 3 yang membantu mengurangkan partikel penyebab radang dalam tubuh yang dapat merosakkan kulit. Salmon juga mengandung protein tinggi, coenzim Q-10 atau antioksidan. Sebab itu, kita tengok kucing bulunya gebu ajer yek heheheh!


Mari kita berkongsi resepi ikan salmon panggang ni....harap-harap, diet kali ni mencapai hajat huhu!



Grilled Salmon with Herbs & Brown Sauce

2 potong ikan salmon segar
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit dill
sedikit rosemary





Brown Sauce / Sos Perang

1 kiub ikan bilis
2 1/2 cawan air
1 sk sos tiram
1 sk serbuk lada hitam
sedikit tepung jagung 

Cara membuatnya

Rosemary dan dill diracik halus.
Ikan dibasuh dengan air sejuk dan dilap kering. 
Perapkan dengan rempah dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam.
Masukkan semua bahan sos kecuali tepung jagung ke dalam periuk kecil.
Masak di atas api sederhana selama 15 minit. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung.

**** Ikan panggang ini boleh dipanggang menggunakan grill biasa atau grilled pan yang dimasak di atas dapur. Hidangkan ikan bersama sos dan sayur pilihan yang dicelur****

SELAMAT BERDIET.........



No comments:

Post a Comment