Sunday, February 5, 2012

Dari kerana mata....

Dari kerana mata
Yang mempunyai kuasa
Ohh! Aku tergoda.
Aku tergoda, terkeciwa...
Dari kerana mata...

Ya! Lagu alunan R. Azmi tu padan sangat la kalau nak dituju pada diri sendiri huhu! Ya Allah... Iman tak kuat, tu pasal jadi macam ni...

Dek kerana tergoda dengan Kek Chifon Pelangi ni, maka saya terkeciwa sebab rupa kek yg jadi tu tak selawa yg dibuat guru blogger :(( Cuba pembaca tengok kek yang dibuat Azlita ni. Mengancam ajer kan kan kan? Punca tak dapat semolek tuan punya resepi, sbb acuan yg ada kecil dan tak muat adunan. Acuan kek chiffon hilang tak dapat dikesan lepas pindah rumah. Konon nak jadi Mcgyver, tak ada rotan, akar pun berguna. Cuba menukar acuan kek chiffon dengan acuan bingka. Haaaa....nilah natijahnya!

Kek melekat dan tidak tanggal huhu...so kena potong di dlm acuan!
 Pun gitu, dalam rupa yg tak molek tu pun; tak sempat diambil gambar, kek dah kena ngap! Rupa mmg fail, tapi rasa dia A++ hehehe! Lembut, gebu dan tak manis sangat. Sesuai dgn selera kami sekeluarga.




KEK CHIFFON PELANGI
(saya copy & paste ajer. Tq pada Azlita)

Bahan (adunan kuning telor) :-

50 gm. gula kastor
20 gm susu tepung
20 gm tepung jagung
Bahan-bahan 
140 gm tepung
1 sk. baking powder
100 ml minyak sayur/minyak jagung
100 ml santan (akak guna santan kotak)
140 gm kuning telor (anggaran 8 biji)
Bahan (adunan putih telor):-
300 gm putih telor (anggaran 9 biji)
150 gm gula kastor
1/2 sk. garam
1 sk. cream of tartar (optional)
Pes Warna Pelangi:- (- merah, stawberi n plain)
1/2 sk. pes pandan
1/2 sk. pes strawberi
1/2 sk. pes coklat
1/2 sk. esen vanila
Cara Membuat:-

  1. Panaskan oven dahulu pada suhu 180C. Sediakan loyang chiffon 22/24 cm (loose pan). Tak perlu dilenser dan dialas.
  2. Whisk gula dan kuning telor hingga sebati.
  3. Dalam mangkuk lain, campurkan gula, tepung, susu tepung, tepung jagung dan baking powder yang telah diayak 3 kali.
  4. Ruangkan ditengahnya dan tuang campuran kuning telor dan gula tadi, santan serta minyak. Kacau dari bahagian tengah ke tepi mangkuk hingga sebati dan mendapat adunan yang lembut. Ketepikan.
  5. Kemudian dalam mangkuk lain, pukul putih telor hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan gula 3 peringkat dan pukul lagi hingga bertanduk (soft peak/diterbalikkan adunan tidak jatuh). 
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berselang seli dan bakar selama 45 minit atau hingga kek nampak "spongy" jika ditekan sikit.
  7. Setelah masak, terus terbalikkan kek dan biarkan hingga betul-betul sejuk baru digunakan pisau dan lalukan di tepi dan dasar loyang agar kek tertanggal. Potong dan hidangkan.
Perjuangan belum selesai.........Huuu! Menanti masa lapang lain. Nak mencuba semula. Lepas ni memang kena cari acuan kek chiffon baru!

Tuesday, January 31, 2012

Menu diet - Grilled Salmon

As-salam semua.....



Eh eh....lauk apa ni ya? 3,4 hari yang lepas, saya membuat perkara yang paling tak digemari oleh orang perempuan......Cuba teka! Apa dia??? Hmmmm...........kalau ada yang betul tekaan tu, tahniah ya sbb pandai meneka. Ya....menimbang berat badan :-((  Perkara yang paling tak disuka. Tapi saya gagahkan baca juga angka yang tertera...Alahai mak!! Bukan bln lepas nombor yg kat belakang tu no 1 ker??? Kenapa sekarang dah jadi no 3 pulak ni????

Duhai.....patut ler pun semenjak dua menjak ni, malas je rasa. Rupanya ada extra kilo yang dok dibawa. Tak boleh dibiar ni! Nanti lagi melampau pulak..........

Jadi, saya pun memulakan minggu diet huhu. Dan sepanjang minggu mengekang kalori ni, masak pun rebus-rebus, renih-renih, stim-stim dan panggang-panggang aje le nampaknya :-((

Rosemary (kanan) & Dill (kiri)
Lunch hour yang sempit tidak menghalang saya memecut kereta ke TESCO. Mencari bahan ruji saya kala berdiet ~ ikan salmon atau kod. Hah! Memang rezeki Allah untuk kami sekeluarga. Tinggal 4 potong salmon segar di pasaraya. Saya borong kesemuanya, sambil laju menolak troli; saya capai juga rosemary & dill. Rempah segar barat ini memang sesuai untuk diperap ikan untuk menghilangkan bau hanyir. Isi ikan salmon yang lembut tidak boleh kita basuh dengan asam & garam macam selalu. Lazimnya saya hanya membasuhkan menggunakan air sejuk dari peti ais untuk mengekalkan pejal isinya....

Kenapa ikan salmon atau kod? Memetik dari wikipedia - "Salmon adalah nama biasa bagi beberapa spesies ikan dari keluarga Salmonidae. Beberapa ikan lain di dalam keluarga ini dipanggil trout; perbezaannya adalah disebabkan kehidupan migrasi ikan salmon dibandingkan dengan sikap perumahan ikan trout, satu perbezaan yang betul untuk genus Salmo. Salmon hidup di dalam Atlantik (satu spesies migrasi Salmo salar) dan Lautan Pasifik, selain di Tasik-tasik Besar (kira-kira sedozen spesies dari genusOncorhynchus). Secara tipikal, salmon adalah anadromous: ia menetas di air tawar, berpindah ke laut, kemudian kembali semula ke air tawar untuk membiak." Terima kasih kepada Google ya!

Kucing Ms Marcel Campbell, housemistress Safra :-)
Ikan Salmon selain dikenal sebagai makanan bagi otak, juga dipercayai memiliki khasiat sebagai makanan untuk menjaga kulit supaya sentiasa anjal dan tidak mudah berkedut....kata mereka yang buat penyelidikan tu laaaaaa. Mungkin juga betulnya kerana salmon adalah ikan yang kaya lemak tidak tepu atau Omega 3 yang membantu mengurangkan partikel penyebab radang dalam tubuh yang dapat merosakkan kulit. Salmon juga mengandung protein tinggi, coenzim Q-10 atau antioksidan. Sebab itu, kita tengok kucing bulunya gebu ajer yek heheheh!


Mari kita berkongsi resepi ikan salmon panggang ni....harap-harap, diet kali ni mencapai hajat huhu!



Grilled Salmon with Herbs & Brown Sauce

2 potong ikan salmon segar
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit dill
sedikit rosemary





Brown Sauce / Sos Perang

1 kiub ikan bilis
2 1/2 cawan air
1 sk sos tiram
1 sk serbuk lada hitam
sedikit tepung jagung 

Cara membuatnya

Rosemary dan dill diracik halus.
Ikan dibasuh dengan air sejuk dan dilap kering. 
Perapkan dengan rempah dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam.
Masukkan semua bahan sos kecuali tepung jagung ke dalam periuk kecil.
Masak di atas api sederhana selama 15 minit. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung.

**** Ikan panggang ini boleh dipanggang menggunakan grill biasa atau grilled pan yang dimasak di atas dapur. Hidangkan ikan bersama sos dan sayur pilihan yang dicelur****

SELAMAT BERDIET.........



Monday, January 30, 2012

Kek Keju Malas...........

Penggemar cheesecake.....

JANGAN KE MANA-MANA!!! Kita berkongsi rahsia cheesecake versi MALAS yek!

Saya suka kek keju yang krimnya lembut dan larut halus di dalam mulut. Tak kira la perasa apa pun! Janji kek keju....



Tapi saya malas nak membuat selalu sebab leceh membakarnya menggunakan water bath. Entah mcm mana, terjumpa lak resepi ni kt internet ( terima kasih Google!). Caranya memang mudah habis...Tak yah pakai oven. Yg paling penting gerenti jadik!


No bake cheesecake

Bahan dasar
200 g biskut digestive, dikisar halus
100 g butter, cairkan

Filling
250 g packet krim keju, lembut
1 tin susu pekat
1/3 c jus lemon / perasa lain (saya buat perasa strawberry)
½ sk esen vanilla
2 sk gelatin, rendam dgn 1/2 cwn air suam



Cara-cara

1. Gaulkan biskut dgn butter yang dicairkan.
2. Masukkan dlm bekas kek yg boleh dibuka (saya guna 8 inci) sambil ditekat padat. Sejukkan dlm peti ais 1 jam.
2. Pukul krim keju dan susu pekat sehingga kembang dan bertanduk.
3. Masukkan esen vanilla, perasa dan gelatin. Pukul sebentar.
4. Tuangkan ke atas dasar biskut dan ratakan muka kek. Hias dgn hiasan jika mahu.
5. Sejukkan selama semalaman di dlm peti ais sebelum dipotong.


Thursday, January 26, 2012

Sup pekat ala mamak

Salam sayang semua....

Mengemas-mengemas fridge minggu lepas, terjumpa la tulang & daging lebihan korban huhu! Bolehlah di buat sekali masak. Haiii lah! Nak diapakan lah tulang temulang & daging yg sitotet ni ya?? Nak masak kari...tak menang isi nanti. Nak dibuat inti apa-apa pun, alahai cikit benor. Hmmm....buat sup ajerlah. Selongkar punya selongkar, jumpa gak resepi sup mamak ni. Lama benar tak masak sup pekat ni.

Dulu kalau kami ke KL, rajin benar saya & suami ke sebuah kedai dekat dgn Chow Kit tu. Sup campurnya memang tiada tandingan. Rezeki suami kot (sbb Encik Husband yg paling gemar sup nih), saya terjumpa resepi ni dalam majalah...dah lupa nama majalah tu hehehe! Dah banyak kali cuba, memang rasanya hampir sama yang kami makan di kedai kat Chow Kit tu...



Sup mamak pekat

Bahan2:
1.   Bwng merah/ bwng besar
2.   Bwng putih
3.   Halia
4.   2 sb Garam masala
5.   1 sb Serbuk ketumbar
6.   1 sb Rempah kurma
7.   1/2 sudu Serbuk lada hitam
8.   5 sb Rempah sup serbuk
9.   2 sb Serbuk kacang dhall
10. 2 sb Serbuk badam
11. Rempah 4 sekawan

Cara2nya:

1. Kisar tempung kacang dhall dan sebuk badam bersama. Ketepikan.

2. Tumiskan bwng merah/ bwg besar, bwng putih & halia smpai naik bau. Bila dh naik bau, masukkan serbuk garam masala, ketumbar, rempah kurma  & rempah sup dan kacau sekejap. Masukkan air ikut sukatan daging kambing yg direbus.

3. Masukkan serbuk kacang dhall dan badam sblm turun utk pekatkn kuah. Kemudian boleh goreng bawang sampai garing di dapur berlainan. Bila dh garing, taburkan di atas sup tadi. Boleh masukkan daun bawang, daun sup di dalam sup tersebut (pilihan). Akhir sekali masukkan garam  ikut rasa masing2.