Dari kerana mata
Yang mempunyai kuasa
Ohh! Aku tergoda.
Aku tergoda, terkeciwa...
Dari kerana mata...
Ya! Lagu alunan R. Azmi tu padan sangat la kalau nak dituju pada diri sendiri huhu! Ya Allah... Iman tak kuat, tu pasal jadi macam ni...
Dek kerana tergoda dengan Kek Chifon Pelangi ni, maka saya terkeciwa sebab rupa kek yg jadi tu tak selawa yg dibuat guru blogger :(( Cuba pembaca tengok kek yang dibuat Azlita ni. Mengancam ajer kan kan kan? Punca tak dapat semolek tuan punya resepi, sbb acuan yg ada kecil dan tak muat adunan. Acuan kek chiffon hilang tak dapat dikesan lepas pindah rumah. Konon nak jadi Mcgyver, tak ada rotan, akar pun berguna. Cuba menukar acuan kek chiffon dengan acuan bingka. Haaaa....nilah natijahnya!
Pun gitu, dalam rupa yg tak molek tu pun; tak sempat diambil gambar, kek dah kena ngap! Rupa mmg fail, tapi rasa dia A++ hehehe! Lembut, gebu dan tak manis sangat. Sesuai dgn selera kami sekeluarga.
KEK CHIFFON PELANGI
(saya copy & paste ajer. Tq pada Azlita)
Bahan (adunan kuning telor) :-
50 gm. gula kastor
20 gm susu tepung
20 gm tepung jagung
140 gm tepung
1 sk. baking powder
100 ml minyak sayur/minyak jagung
100 ml santan (akak guna santan kotak)
140 gm kuning telor (anggaran 8 biji)
Bahan (adunan putih telor):-
300 gm putih telor (anggaran 9 biji)
150 gm gula kastor
1/2 sk. garam
1 sk. cream of tartar (optional)
Pes Warna Pelangi:- (- merah, stawberi n plain)
1/2 sk. pes pandan
1/2 sk. pes strawberi
1/2 sk. pes coklat
1/2 sk. esen vanila
Cara Membuat:-
Yang mempunyai kuasa
Ohh! Aku tergoda.
Aku tergoda, terkeciwa...
Dari kerana mata...
Ya! Lagu alunan R. Azmi tu padan sangat la kalau nak dituju pada diri sendiri huhu! Ya Allah... Iman tak kuat, tu pasal jadi macam ni...
Dek kerana tergoda dengan Kek Chifon Pelangi ni, maka saya terkeciwa sebab rupa kek yg jadi tu tak selawa yg dibuat guru blogger :(( Cuba pembaca tengok kek yang dibuat Azlita ni. Mengancam ajer kan kan kan? Punca tak dapat semolek tuan punya resepi, sbb acuan yg ada kecil dan tak muat adunan. Acuan kek chiffon hilang tak dapat dikesan lepas pindah rumah. Konon nak jadi Mcgyver, tak ada rotan, akar pun berguna. Cuba menukar acuan kek chiffon dengan acuan bingka. Haaaa....nilah natijahnya!
Kek melekat dan tidak tanggal huhu...so kena potong di dlm acuan! |
KEK CHIFFON PELANGI
(saya copy & paste ajer. Tq pada Azlita)
Bahan (adunan kuning telor) :-
50 gm. gula kastor
20 gm susu tepung
20 gm tepung jagung
Bahan-bahan |
1 sk. baking powder
100 ml minyak sayur/minyak jagung
100 ml santan (akak guna santan kotak)
140 gm kuning telor (anggaran 8 biji)
Bahan (adunan putih telor):-
300 gm putih telor (anggaran 9 biji)
150 gm gula kastor
1/2 sk. garam
1 sk. cream of tartar (optional)
Pes Warna Pelangi:- (- merah, stawberi n plain)
1/2 sk. pes pandan
1/2 sk. pes strawberi
1/2 sk. pes coklat
1/2 sk. esen vanila
Cara Membuat:-
- Panaskan oven dahulu pada suhu 180C. Sediakan loyang chiffon 22/24 cm (loose pan). Tak perlu dilenser dan dialas.
- Whisk gula dan kuning telor hingga sebati.
- Dalam mangkuk lain, campurkan gula, tepung, susu tepung, tepung jagung dan baking powder yang telah diayak 3 kali.
- Ruangkan ditengahnya dan tuang campuran kuning telor dan gula tadi, santan serta minyak. Kacau dari bahagian tengah ke tepi mangkuk hingga sebati dan mendapat adunan yang lembut. Ketepikan.
- Kemudian dalam mangkuk lain, pukul putih telor hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan gula 3 peringkat dan pukul lagi hingga bertanduk (soft peak/diterbalikkan adunan tidak jatuh).
- Tuangkan adunan ke dalam loyang berselang seli dan bakar selama 45 minit atau hingga kek nampak "spongy" jika ditekan sikit.
- Setelah masak, terus terbalikkan kek dan biarkan hingga betul-betul sejuk baru digunakan pisau dan lalukan di tepi dan dasar loyang agar kek tertanggal. Potong dan hidangkan.
Perjuangan belum selesai.........Huuu! Menanti masa lapang lain. Nak mencuba semula. Lepas ni memang kena cari acuan kek chiffon baru!
No comments:
Post a Comment