Le macaron que je vais exposer lors de cette semaine est une friandise fourrés à la crème française petit biscuit sandwich qui, dans sa meilleure forme, remplira votreâme avec chaleur, le bonheur flou après une morsure.
Hmmmm.....ayat di atas menerangkan bahawa macaron adalah biskut comel Perancis berisi krim, berbentuk dome di mana dua biskut akan mengepit krim yang memberikan satu kebahagiaan hanya dengan satu gigitan............... Ecewahh!! Sib baik ler boleh guna lagi kemahiran bahasa perancis yang dah berkarat nih!
Macaroons.....atau sebutan sebenarnya me-ka-rong (gaya Perancis hehehe!). Biskut cinta dari Perancis ini, penuh misteri!
Saya berminat untuk membuat sejak melihat Safra makan dengan lahap biskut ini sewaktu dibeli. Kerana harganya yang mahal (RM 3.50 - RM4.00 sebiji bergantung kepada saiz) serta payah mendapatnya di Melaka ini, saya berusaha mencari resepi yang semudah mungkin. Saya bertemu proses pembuatan macarons seperti yang saya harapkan, walaupun sedikit payah tapi boleh ajer dilakukan.
Ada beberapa tips yang perlu diingati sebelum membuat biskut yang rapuh ini.....Sebelum mulai:
Macaroons
Bahan
110 g putih telur
120 g serbuk badam
175 g gula aising
75 g gula kastor
Kertas pembakar kuih
Cara membuat
1. Panaskan oven 150C.
2. Ambil syiling 50 sen dan lukiskan bulatan dengan jarak 3 cm antara satu sama lain. Ini utk mendapatkan macaroons yang sama saiz. Dulang pembakar perlu dialas dengan 2 helai kertas pembakar untuk mengelakkan macaroons drp mudah hangus.
3. Pisahkan putih telur dgn berhati-hati kerana sedikit kuning pun akan menyebabkan ia tidak kembang.
4. Masukkan serbuk badam dan gula aising di dalam pengisar dan kisar. Ayak dan ketepikan.
5. Pukul putih telur sehingga berbuih.
6. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit (masukkan pewarna pada saat ini jika hendak diwarnakan) dan pukul lagi sehingga kembang menjadi meringue. Meringue yang baik tidak menitik bila mangkuk diterbalikkan.
7. Masukkan campuran serbuk badam dan gula aising sedikit demi sedikit sambil dikaup balik menggunakan sudip. Lakukan perlahan-lahan dan hati-hati jangan terlalu kuat kerana angin akan hilang dengan banyak dan menyebabkan macaroons leper.
8. Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke atas dulang pembakar.
9. Basahkan jari dan ratakan tanduk yang terbentuk. Biar di luar selama 30-45 minit sehingga kulit keras terbentuk.
10. Bakar selama 10-12 minit bergantung kpd oven masing-masing.
Chocolate Ganache
Bahan
250 g coklat masakan
25g butter / mentega
300 whipping cream
Cara membuat
1. Masukkan dalam periuk kecil dan panaskan cream dengan api sederhana.
2. Masak sehingga berbuih. Matikan api.
3. Masukkan coklat dan kacau sehingga coklat cair.
4. Masukkan butter dan kacau sehingga berkilat dan pekat.
Macaroons yang telah masak, perlu disejukkan dahulu sebelum disapu krim coklat. Jika macaroons melekat di kertas pembakar, semburkan sedikit air di belakang kertas pembakar dan cungkil perlahan-lahan dengan pisau mentega.
Waduh! Benarlah kata Laura Calder; chef terkenal di saluran AFC tu.....menikmati macaroons seperti dibuai cinta. Kala menggigit sekeping biskut ini membuatkan saya teringat saat menikmatinya di Ladurée Bonaparte 2 tahun lepas.......Haiii! Bila la boleh ke Paris kota cinta itu lagi yer??
Hmmmm.....ayat di atas menerangkan bahawa macaron adalah biskut comel Perancis berisi krim, berbentuk dome di mana dua biskut akan mengepit krim yang memberikan satu kebahagiaan hanya dengan satu gigitan............... Ecewahh!! Sib baik ler boleh guna lagi kemahiran bahasa perancis yang dah berkarat nih!
Macaroons.....atau sebutan sebenarnya me-ka-rong (gaya Perancis hehehe!). Biskut cinta dari Perancis ini, penuh misteri!
Saya berminat untuk membuat sejak melihat Safra makan dengan lahap biskut ini sewaktu dibeli. Kerana harganya yang mahal (RM 3.50 - RM4.00 sebiji bergantung kepada saiz) serta payah mendapatnya di Melaka ini, saya berusaha mencari resepi yang semudah mungkin. Saya bertemu proses pembuatan macarons seperti yang saya harapkan, walaupun sedikit payah tapi boleh ajer dilakukan.
Ada beberapa tips yang perlu diingati sebelum membuat biskut yang rapuh ini.....Sebelum mulai:
- Pilih hari yang sejuk dan kering untuk membuatnya. Kelembaban bukan teman yang akrab sewaktu membuat macaroons. Jika udara terlalu lembab, ia akan meratakan macarons kita. Suasana yang panas pulak akan mengempiskan putih telur.
- Telur mudah untuk dipisahkan ketika sejuk.
- Letakkan semua peralatan yang diperlukan berdekatan dengan tempat kerja kerana meringue akan cepat berubah sifat walau untuk sesaat.
Macaroons
Bahan
110 g putih telur
120 g serbuk badam
175 g gula aising
75 g gula kastor
Kertas pembakar kuih
Cara membuat
1. Panaskan oven 150C.
3. Pisahkan putih telur dgn berhati-hati kerana sedikit kuning pun akan menyebabkan ia tidak kembang.
4. Masukkan serbuk badam dan gula aising di dalam pengisar dan kisar. Ayak dan ketepikan.
6. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit (masukkan pewarna pada saat ini jika hendak diwarnakan) dan pukul lagi sehingga kembang menjadi meringue. Meringue yang baik tidak menitik bila mangkuk diterbalikkan.
9. Basahkan jari dan ratakan tanduk yang terbentuk. Biar di luar selama 30-45 minit sehingga kulit keras terbentuk.
10. Bakar selama 10-12 minit bergantung kpd oven masing-masing.
Chocolate Ganache
Bahan
250 g coklat masakan
25g butter / mentega
300 whipping cream
Cara membuat
1. Masukkan dalam periuk kecil dan panaskan cream dengan api sederhana.
2. Masak sehingga berbuih. Matikan api.
3. Masukkan coklat dan kacau sehingga coklat cair.
4. Masukkan butter dan kacau sehingga berkilat dan pekat.
Macaroons yang telah masak, perlu disejukkan dahulu sebelum disapu krim coklat. Jika macaroons melekat di kertas pembakar, semburkan sedikit air di belakang kertas pembakar dan cungkil perlahan-lahan dengan pisau mentega.
Waduh! Benarlah kata Laura Calder; chef terkenal di saluran AFC tu.....menikmati macaroons seperti dibuai cinta. Kala menggigit sekeping biskut ini membuatkan saya teringat saat menikmatinya di Ladurée Bonaparte 2 tahun lepas.......Haiii! Bila la boleh ke Paris kota cinta itu lagi yer??
No comments:
Post a Comment