Sunday, January 22, 2012

Berabok you!




As salamualaikum...
Kalau bercakap tentang kuih yang satu ini, saya teringat zaman saya kanak2 dulu. Kuih kegemaran saya ini, akan berada di atas meja hampir setiap hujung minggu. Selain dari cara membuatnya yang mudah, modalnya juga murah.

Majlis baca Yasin di pejabat semalam; menunya dari saya & suami. Soto ayam juga pulut panggang. Saya terasa ingin memeriahkan lagi hidangan kerana smlm juga diadakan kenduri kesyukuran kecil utk Safra & Maria....Safra memulakan lembaran baru dlm suasana yang serba baru demi cita-cita manakala Maria sudah kembali sihat selepas surgeri kecil beberapa hari lepas.

Kuih yang mudah ini hanya perlukan sagu, kelapa, garam & daun pisang. Hmmm.... Manalah nak cari daun pisang di tengah2 bandar ni??



Idea inovasi mula la berputar.. Haaaa! Maka jadilah abok-abok pancawarna ini hehehe!







Abok-abok

Bahan-bahan

500 g sagu kecil
Sebiji kelapa - putih sahaja
1 sk garam halus
Gula melaka diracik halus

Cara-cara

  1. Rendam sagu selama setengah jam & toskan.
  2. Gaulkan dengan garam & kelapa.
  3. Kalau ingin mewarnakannya, bahagikan kepada 2 bhg & warnakan. ( saya bahagi 3, utk bhg atas saya campur yg berwarna dgn sagu putih utk dpt kesan rintik2)
  4. Masukkan sedikit sagu warna ke dlm kelonsong daun pisang. ( Boleh juga guna loyang. Ratakan satu bhg sagu di atas loyang. Saya guna bekas lompang)
  5. Taburkan gula melaka dgn rata.
  6. Tutup dgn sagu yg berlainan warna.
  7. Kukus 15 minit.

Nahhh!! Habuk pun tak tinggal selepas dihidangkan....

Ini versi hijau putih buat kali kedua bila balik rumah malam tadi.....Yang merah biru sold out, terpaksa buat sekali lagi!!

No comments:

Post a Comment